

Syukur Alhamdulillah kita diberi nikmat oleh Allah SWT. Saya ucapkan tahniah dan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua warga alumni 4B negeri Kelantan kerana menyokong kegiatan Alumni 4B Kelantan.
Kita warga alumni 4B semakin hari semakin hari semakin hebat kerana diberi kesihatan dan rezeki oleh Allah SWT. Kita dari orang bertuah dan dapat menikmati hidup yang selesa sebagaimana yang kita rancangkan. Bersyukurlah semoga diberkati.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakam penghargaan dan terima kasih khusus di atas semua warga alumni 4B kerana setia mengikuti program & aktiviti pertubuhan.
Tahniah kepada warga alumni 4B yang menjadi ahli pertubuhan ini. Kepada mereka yang belum menjadi ahli adalah diharapkan mereka juga menyertai kita. Syabas dan tahniah kepada AJK pertubuhan kerana sentiasa bekerjasama memikul tanggungjawab dalam pengurusan pertubuhan ini
Moga-moga Allah SWT menambahkan keberkatan dan mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada kita sekelian.
Sekian.